Ahad, 10 Oktober 2010

TEORI PEMBENTUKAN TERUMBU KARANG

Terdapat dua teori yang menjelaskan tentang pembentukan terumbu karang iaitu:
1) Teori Kawalan Glasier (Glacial Control Theory)
2) Teori Ataman Bumi (Subsidence Theory)


TEORI KAWALAN GLASIER (GLACIAL CONTROL THEORY).

* Teori ini dikemukakan oleh R.A Daly (1934 dan 1942). Menurutnya, pembentukan terumbu karang berkait rapat dengan kenaikan  aras laur akibat cairan glasier khususnya pada zaman Pleistosen. Sebelum zaman glasier, sudah terdapat treumbu pinggir atau terumbu penghalang yang tumbuh pada pinggir daratan atau pulau, tetapi terumbu tersebut tidak boleh membesar kerana ais yang membeku. Selepas zaman glasier, suhu mula meningkat dan litupan ais mencair lalu menenggelamkan terumbu karang yang terdapat di pulau atau pinggir daratan tersebut. Kenaikan suhu laut akan menyebabkan karang tumbuh dan membesar semula di atas pulau yang telah tenggelam tadi dan seterusnya beransur-ansur membentuk atol atau pulau cincin.


TEORI ATAMAN BUMI (SUBSIDENCE THEORY)

*  Teori ini dikemukakan oleh Charles Darwin. Mengikut Darwin, terumbu karang pada asalnya sudah tumbuh di pinggir pulau yang kedudukannya lebih tinggi berbanding dengan aras laut pada masa itu. Apabila pulau tersebut mengalami pertambahan berat beban, maka ia akan tenggelam (ataman) bersama-sama dengan terumbu pinggirnya. Pada masa ini, aras laut telah meningkat dan terumbu pinggir beransur-ansur berkembang menjadi terumbu penghalang. Terumbu penghalang seterusnya berkembang sehingga menutup seluruh bahagian atas pulau yang tenggelam lalu membentuk pulau cincin atau atol.

2 ulasan: