Ahad, 10 Oktober 2010

KEPENTINGAN TERUMBU KARANG

1. Sumber perikanan. Kawasan ini sesuai untuk pembiakan dan nurseri kerana terdapat banyak tempat perlindungan dan makanan. Hampir 30% ikan komersil bergantung kepada kawasan ini untuk membesar dan matang.

2. Perlindungan persisir pantai. Mengurangkan halaju ombak dan menghalang kejadian hakisan.

3. Kepentingan ekonomi. Sumber protein, bahan binaan dan perubatan. Satu per lima protein negara adalah dari laut.

4.Tarikan untuk pelancong. Tahun 1998, pantai merupakan destinasi popular untuk pelancongan.

5.Kitaran karbon. Karang menyerap karbon dan ini mengurangkan jumlah karbon dioksida di atmosfera

6. Antara kepentingan terumbu karang ialah bertindak sebagai benteng dan perlindungan pantai terhadap ombak yang kuat. Terumbu karang juga menyediakan kawasan yang selamat dan penuh dengan makanan untuk tumbesaran anak-anak ikan.

7. Terumbu karang juga merupakan kawasan yang kaya dengan makanan dan perlindungan kepada pelbagai spesies hidupan marin. Selain daripada menyediakan peluang pekerjaan melalui aktiviti perikanan dan pelancongan, terumbu  karang juga dipercayai dapat dijadikan ubat untuk melawan penyakit barah. Sehubungan itu, adalah penting bagi kita memelihara kawasan perairan dan hidupan akuatik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan