Ahad, 10 Oktober 2010

Apakah Itu Terumbu Karang?



Terumbu karang ialah satu ekosistem marin yang unik, kompleks dan tinggi produktivitinya. Terumbu karang juga dikenali sebagai sekumpulan organisma yang bersimbiosis dengan sejenis tumbuhan alga yang disebut zooxanhellae. Zooxanthellae ini melakukan fotosintesis untuk menghasilkan oksigen yang berguna untuk kehidupan. Polip, merupakan organisma pembentuk utama terumbu karang yang menghasilkan zat kapur. Polip-polip ini mengambil masa  selama ribuan tahun membentuk terumbu karang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan