Terdapat tiga jenis terumbu karang iaitu;
1) Terumbu Pinggir.
2) Terumbu Sawar/penghalang.
3) Atol/Pulau Cincin
TERUMBU PINGGIR
Terbentuk di Pinggir Benua dan mengelilingi pulau. Kadangkala terdapat lagun yang memisahkan terumbu pinggir dengan daratan. Mempunyai cerun curam ke arah laut. Biasanya tumbuh 1 km ke arah laut. Contohnya; terumbu karang yang mengelilingi Pulau Redang, Pulau Kapas dan Pulau Perhentian Terengganu.
TERUMBU SAWAR/ PENGHALANG
Terbentuk selari dengan pinggir laut dan terpisah agak jauh dari daratan. Lagun/Selat yang dalam dan lebar memisahkan terumbu penghalang dengan daratan. Kelebaran terumbu penghalang adalah berbeza-beza (1km-15km). Beberapa bahagian terumbu penghalang terputus-putus. Keadaan seperti ini membolehkan kapal/bot dapat melaluinya tanpa menyebabkannya rosak.
Atol/Pulau Cincin
Terumbu karang yang mengelilingi lagun. Bahagiannya yang terputus-putus menyebabkan air laut keluar masuk dengan mudah. Atol terbentuk daripada pasir dan puing-puing batu kapur yang terkumpul dalam tempoh yang lama. Contoh atol; Pulau Layang-Layang Sabah, Pulau Bikini dan Pulau Gilbert.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan