Antara langkah-langkah pemeliharaan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia ialah :
a) Mewujudkan kawasan taman laut
- untuk jaga terumbu karang dan habitat ikan
- contoh; Taman laut Tunku Abdul Rahman
b) Kuatkuasa undang-undang
- contoh ; Akta perikanan
c) Penyelidikan
d) Pendidikan Alam sekitar
e) Kempen
Antara langkah-langkah pemuliharaan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia ialah :
a) Pembinaan tukun tiruan
- Jadi tempat pembiakan ikan
- Tukun daripada tayar terbuang
- Tanggungjawab jabatan perikanan
b) Pembersihan laut dan pantai
c) Kerjasama antara negara – diadakan untuk memulihkan laut dan
sumbernya.
- contohnya; Kerajaan Malaysia dan singapura bekerjasama dalam usaha membersihkan laut akibat tumpahan minyak
Ahad, 10 Oktober 2010
KEPENTINGAN TERUMBU KARANG
1. Sumber perikanan. Kawasan ini sesuai untuk pembiakan dan nurseri kerana terdapat banyak tempat perlindungan dan makanan. Hampir 30% ikan komersil bergantung kepada kawasan ini untuk membesar dan matang.
2. Perlindungan persisir pantai. Mengurangkan halaju ombak dan menghalang kejadian hakisan.
3. Kepentingan ekonomi. Sumber protein, bahan binaan dan perubatan. Satu per lima protein negara adalah dari laut.
4.Tarikan untuk pelancong. Tahun 1998, pantai merupakan destinasi popular untuk pelancongan.
5.Kitaran karbon. Karang menyerap karbon dan ini mengurangkan jumlah karbon dioksida di atmosfera
6. Antara kepentingan terumbu karang ialah bertindak sebagai benteng dan perlindungan pantai terhadap ombak yang kuat. Terumbu karang juga menyediakan kawasan yang selamat dan penuh dengan makanan untuk tumbesaran anak-anak ikan.
7. Terumbu karang juga merupakan kawasan yang kaya dengan makanan dan perlindungan kepada pelbagai spesies hidupan marin. Selain daripada menyediakan peluang pekerjaan melalui aktiviti perikanan dan pelancongan, terumbu karang juga dipercayai dapat dijadikan ubat untuk melawan penyakit barah. Sehubungan itu, adalah penting bagi kita memelihara kawasan perairan dan hidupan akuatik.
FAKTOR PEMBENTUKAN TERUMBU KARANG
1. Cahaya Matahari.
Kebanyakan karang laut yang membentuk terumbu karang dijumpai pada kedalaman kurang daripada 46 meter, yang boleh ditembusi cahaya matahari. Cahaya matahari adalah penting di dalam ekosistem terumbu karang bagi menjamin pertumbuhan karang laut dan alga mikroskopik (hidup dalam tisu-tisu polip) yang bersimbiosis.
2. Kejernihan Air.
Terumbu karang tidak boleh hidup dalam keadaan air laut yang tercemar. Hal ini kerana, karang hanya dapat tumbuh di dasar laut yang bersih serta tidak tercemar kerana ia akan mengganggu proses pertumbuhan karang tersebut. Oleh itu, air yang jernih amat penting dalam proses pembentukan karang tersebut.
3. Ombak
Terumbu karang juga didapati membesar dengan cepat di kawasan tindak balas ombak yang kuat. Ombak membawa makanan, nutrien, menyebarkan larva karang laut, dan menghalang pemendapan sedimen pada terumbu karang.
4. Suhu
Terumbu karang hidup subur pada suhu 20°C hingga 28°C. Hal ini kerana, karang tidak dapat hidup pada suhu yang terlalu tinggi kerana ia akan merosakkan pembentukan karang tersebut. Maka, secara tidak langsung, kedalaman aras laut turut berperanan sama untuk pertumbuhan bagi karang tersebut.
5. Peranan Alga Zoozanthellae
Batu Karang adalah sumber produktiviti primer di komuniti terumbu karang hasil daripada simbiosis antara batu karang dengan sejenis alga satu sel, zoozanthellae. Alga berwarna perang kekuningan ini membekalkan nutrien yang diperlukan untuk proses tumbesaran batu karang pada kadar yang sesuai untuk pembinaan terumbu karang. Oleh itu, komuniti alga ni membekal kepada batu karang sumber makanan (dalam bentuk produk fotosintesis) dan pada masa yang sama, batu karang pula menyediakan perlindungan serta akses kepada sumber cahaya matahari kepada zooxanthellae ini.
TEORI PEMBENTUKAN TERUMBU KARANG
Terdapat dua teori yang menjelaskan tentang pembentukan terumbu karang iaitu:
1) Teori Kawalan Glasier (Glacial Control Theory)
2) Teori Ataman Bumi (Subsidence Theory)
TEORI KAWALAN GLASIER (GLACIAL CONTROL THEORY).
Teori ini dikemukakan oleh R.A Daly (1934 dan 1942). Menurutnya, pembentukan terumbu karang berkait rapat dengan kenaikan aras laur akibat cairan glasier khususnya pada zaman Pleistosen. Sebelum zaman glasier, sudah terdapat treumbu pinggir atau terumbu penghalang yang tumbuh pada pinggir daratan atau pulau, tetapi terumbu tersebut tidak boleh membesar kerana ais yang membeku. Selepas zaman glasier, suhu mula meningkat dan litupan ais mencair lalu menenggelamkan terumbu karang yang terdapat di pulau atau pinggir daratan tersebut. Kenaikan suhu laut akan menyebabkan karang tumbuh dan membesar semula di atas pulau yang telah tenggelam tadi dan seterusnya beransur-ansur membentuk atol atau pulau cincin.
TEORI ATAMAN BUMI (SUBSIDENCE THEORY)
Teori ini dikemukakan oleh Charles Darwin. Mengikut Darwin, terumbu karang pada asalnya sudah tumbuh di pinggir pulau yang kedudukannya lebih tinggi berbanding dengan aras laut pada masa itu. Apabila pulau tersebut mengalami pertambahan berat beban, maka ia akan tenggelam (ataman) bersama-sama dengan terumbu pinggirnya. Pada masa ini, aras laut telah meningkat dan terumbu pinggir beransur-ansur berkembang menjadi terumbu penghalang. Terumbu penghalang seterusnya berkembang sehingga menutup seluruh bahagian atas pulau yang tenggelam lalu membentuk pulau cincin atau atol.
JENIS-JENIS TERUMBU KARANG
Terdapat tiga jenis terumbu karang iaitu;
1) Terumbu Pinggir.
2) Terumbu Sawar/penghalang.
3) Atol/Pulau Cincin
Apakah Itu Terumbu Karang?
Terumbu karang ialah satu ekosistem marin yang unik, kompleks dan tinggi produktivitinya. Terumbu karang juga dikenali sebagai sekumpulan organisma yang bersimbiosis dengan sejenis tumbuhan alga yang disebut zooxanhellae. Zooxanthellae ini melakukan fotosintesis untuk menghasilkan oksigen yang berguna untuk kehidupan. Polip, merupakan organisma pembentuk utama terumbu karang yang menghasilkan zat kapur. Polip-polip ini mengambil masa selama ribuan tahun membentuk terumbu karang.
Langgan:
Catatan (Atom)